Ahad, 2 Februari 2014

Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni



*Ini bukan tulisan asal saya. Saya cuma sebarkan sahaja.
















Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni merupakan seorang ulama dan ahli tafsir yang terkenal dengan keluasan dan kedalaman ilmu serta sifat warak. Nama lengkap beliau ialah Muhammad Ali bin Ali bin Jamil as-Shabuni. Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 1347 H/1928 M. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang terpelajar. Ayah beliau merupakan salah seorang ulama di Aleppo.

Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni memperolehi pendidikan awal mengenai bahasa Arab dan ilmu-ilmu agama di bawah bimbingan ayah beliau. Sejak kanak-kanak lagi beliau sudah memperlihatkan bakat dan kecerdasan dalam memahami ilmu-ilmu agama. Di usianya yang masih remaja, beliau sudah menghafal keseluruhan al-Quran.
















Guru-guru beliau

Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni berguru dengan para ulama terkemuka di Aleppo seperti Syaikh Muhammad Najib Sirajuddin, Syaikh Ahmad al-Shama, Syaikh Muhammad Said al-Idlibi, Syekh Muhammad Raghib al-Tabbakh, dan Syekh Muhammad Najib Khayatah.

















Pendidikan

Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni kerap mengikuti pengajian para ulama yang diadakan masjid-masjid sekitar Aleppo. Setelah menamatkan pendidikan rendah, beliau melanjutkan pendidikan formalnya di Madrasah al-Tijariyyah. Beliau hanya menuntut di sini hanya selama satu tahun kerana minat beliau lebih tertumpu dalam bidang agama. Kemudian, beliau meneruskan pendidikan di Madrasah Khasrawiyyah yang berada di Aleppo.

Sewaktu menuntut ilmu di Madrasah Khasrawiyyah, beliau tidak hanya mempelajari bidang ilmu-ilmu Islam, tetapi turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti sains, geografi dan lain-lain. Beliau berjaya menyelesaikan pendidikan di Madrasah Khasrawiyyah pada tahun 1949. Dengan bantuan biasiswa Kementerian Wakaf Syiria, beliau melanjutkan pendidikannya di Universiti al-Azhar, Mesir, sehingga tahun 1952. Dua tahun berikutnya, di universiti yang sama, beliau memperolehi Syahadah al-‘Alimiyyah yang setaraf dengan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Syariah.

Setelah pulang dari Mesir, Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni kembali ke kota kelahirannya. Beliau mengajar di pelbagai madrasah yang ada di Aleppo dari tahun 1955 hingga 1962. Setelah itu, beliau  mendapatkan tawaran untuk mengajar di Fakulti Syariah Universiti Umm al-Qura dan Fakulti Ilmu Pendidikan Islam Universiti King Abdul Aziz. Kedua-dua universiti ini berada di Kota Makkah.

Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni menghabiskan waktu mengajar di dua buah universiti ini selama 28 tahun. Oleh kerana prestasi akademik dan kemampuan beliau yang tinggi dalam bidang penulisan ketika menjadi pensyarah di Universitas Umm al-Qura, beliau pernah menyandang jawatan sebagai ketua Fakulti Syariah. Beliau juga diberi kepercayaan untuk mengetuai Pusat Kajian Akademik dan  Warisan Islam.

Di samping mengajar universiti, Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni juga kerap memberikan ceramah bagi masyarakat umum di Masjidil Haram. Beliau juga turut memberi ceramah mengenai tafsir di salah satu masjid di Kota Jeddah. Aktiviti ceramah beliau  berlangsung selama sekitar lapan tahun. Setiap ceramah yang disampaikannya akan dirakamkan dalam   bentuk kaset. Proses rakaman ceramah  beliau berjaya diselesaikan pada tahun 1998.

Aktiviti keilmuan

Disamping sibuk mengajar, Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni juga aktif dalam organisasi Liga Muslim Dunia. Ketika aktif dalam organisani Liga Muslim Dunia, beliau menjawat sebagai penasihat Dewan Kajian Ilmiah mengenai al-Quran dan Sunnah. Beliau aktif dalam organisasi ini selama beberapa tahun. Setelah itu, beliau mengabdikan diri sepenuhnya untuk menulis dan menghasilkan karya.

Salah satu karyanya yang terkenal adalah Shafwah al-Tafasir. Kitab tafsir ini merupakan salah satu kitab tafsir moden yang terbaik, karena luasnya pengetahuan yang dimiliki oleh  pengarangnya. Selain dikenali sebagai hafiz al-Quran, beliau juga dapat memahami dasar-dasar ilmu tafsir. Hal ini menambah nilai ilmiah dalam kitab tafsir ini.

Karya-karya beliau

1. Rawa’i al-Bayan fi Tasair Ayat al-Ahkam min Al-Qur’an
















Kitab ini mengandungi keajaiban tentang ayat-ayat hukum di dalam Al-Qur’an. Kitab ini diterbitkan dalam dua jilid besar.  Kitab ini adalah antara kitab tafsir ayat-ayat hukum terbaik yang pernah dikarang.

Keistimewaan Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni terserlah ketikamana beliau memberi penerangan mengenai maqasid syariah berdasarkan ayat-ayat hokum di dalam al-Quran. Beliau juga turut menyanggah hujah-hujah musuh-musuh Islam yang penyerang peribadi Nabi Muhammad S.A.W dalam masalah poligami.

Dalam hal ini, Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni telah mengupas hikmah poligami dengan  menggunakan hujah logik dan rasional. Beliau turut menyanggah pendapat orang yang membenarkan seorang wanita menampakkan tangan dan wajahnya dihadapan lelaki yang bukan mahram dengan alasan bahawa tapak tangan dan wajah wanita tidak termasuk aurat (isu adakah wajah dan  tapak tangan termasuk dalam aurat wanita ini terdapat khilaf di kalangan ulama dan menurut mazhab asy-Syafie wajah dan tapak tangan bukan termasuk aurat wanita).

Beliau menolak pendapat yang membenarkan  pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram dan mengemukan  bukti terhadap kebatilan pendapat-pendapat para pembela pergaulan bebas tersebut.

2. Al-Tibyan fi ‘Ulum Al-Qur’an

Pada mulanya, buku ini merupakan teks silibus bagi matapelajaran ulum al-Quraan untuk para mahasiswa fakulti Syariah dan Dirasah Islamiyah. Kemudian, buku ini dicetak untuk bacaan umum.

3.  al-Nubuwah wa al-Anbiya

Buku  ini menceritakan tentang nabi-nabi yang terdapat di dalam al-Quran.

4. Qabasun min Nur Al-Qur’an

Kitab tafsir ini menafsirkan  ayat-ayat Al-Quran dari awal hingga akhir secara berturutan dengan bahasa yang sederhana dan mudah dipahami. Ayat-ayat al-Quran yang mempunyai tema yang sama dikumpulkan kemudian ditafsirkan dengan sederhana.

5. Shafwah al-Tafasir
















Salah satu tafsir Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni yang paling popular ialah Shafwah al-Tafasir. Kitab ini terdiri daripada tiga jilid. Kitab tafsir ini menggunakan metode-metode yang sederhana, mudah dipahami dan tidak terlalu panjang sehingga menjemukan pembaca.

Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni telah menulis kitab tafsir ini selama lebih kurang  lima tahun dan beliau  tidak menulis sesuatu tentang tafsir sehingga beliau membaca terlebih  dahulu apa yang telah ditulis oleh para mufasir yang terdahulu.

Shafwah al-Tafsir merupakan tafsir ringkas, meliputi semua ayat A-Qur’an sebagaimana yang terdapat dalam judul kitab : Jami’ baina al-Ma’tsur wa al-Ma’qul. Shafwah al-Tafasir ini disusun berdasarkan kepada kitab-kitab tafsir terbesar seperti al-Thabari, al-Kasysyaf, al-Alusi, Ibn Katsir, Bahr al-Muhith dan lain-lain dengan uslub yang mudah.

Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni mengatakan dalam pendahuluan tafsirnya mengenai tujuan penulisan kitab ini, kata beliau : “Apabila seorang muslim terpesona kepada masalah-masalah duniawi tentu waktunya akan disibukan hanya untuk menghasilkan keperluan hidupnya  sahaja. Dalam hari-harinya, hanya sedikit waktu yang digunakan untuk merujuk kepada tafsir-tafsir besar yang dijadikan rujukan oleh para ulama sebelumnya dalam mengkaji, menjelaskan dan menguraikan maksud ayat-ayat al-Quran. Maka diantara kewajiban ulama pada saat ini adalah mengerahkan usaha untuk mempermudahkan pemahaman manusia pada Al-Qur’an dengan uslub yang jelas. Penerangan yang terang, tidak terdapat banyak kalimat sisipan yang tidak perlu, tidak terlalu panjang dan dapat menjelaskan apa yang terkandung dalam Al-Quran yaitu unsur keindahan ‘Ijaz dan Bayan bersesuaian dengan keperluan pembaca dan memenuhi keperluan penuntut ilmu yang haus untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai Al-Qur’an al-Karim”.

Kata Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni lagi : “Saya belum menemui  kitab tafsir yang memenuhi keperluan dan permasalahan sebagaimana yang disebutkan di atas dan dapat menarik perhatian orang untuk mendalaminya. Maka saya terdorong untuk melakukan  penyusunan kitab ini. Seraya memohon pertolongan Allah al-Karim saya berikan nama kitab ini  Shafwah al-Tafasir.”

6. Mukhtasar Tafsir Ibn Katsir

7. Mukhtashar Tafsir al-Thabari

8. Jammi al-Bayan

9. al-Mawarits fi al-Syari’ah al-Islamiyah ‘ala Dhau al-Kitab

10. Tanwir al-Adham min Tafsir Ruh al-bayan.












Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni dan Shofwah at-Tafasir

Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni menyebut kitab tafsir ini sebagai kumpulan tafsir bi al-ma’tsur dan tafsir bi al-ma’qul. Sebab penamaan kitabnya ini beliau menjelaskan, “aku namakan  kitabku Shofwah at-Tafasir kerana kitab mengandungi intisari daripada kitab-kitab tafsir besar yang telah aku susun lebih ringkas, tertib, mudah dan jelas”.

Tafsir-tafsir besar yang beliau ambil sebagai rujukan ialah tafsir at-Thobari, tafsir Kasyaf karya Zamakhsyari, tafsir Qurthubi, tafsir Ruhul Ma’ani karya Al-Alusi, tafsir Ibnu Katsir, tafsir Bahrul Muhith karya Abi Hayyan dan  kitab-kitab tafsir yang lain.

Dalam mukadimah kitab tersebut, Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni  menceritakan sedikit mengenai proses penulisan kitab tafsir ini, katanya : “Aku mengkaryakan penulisan kitab ini selama lima tahun siang dan malam. Aku tidak menulis sesuatu dalam kitab tafsir ini kecuali setelah aku benar-benar membaca apa yang ditulis oleh ulama-ulama tafsir pada kitab mereka. Aku meneliti dengan sungguh-sungguh supaya aku dapat menilai  yang manakah diantara pendapat mereka yang paling benar lalu aku memilihnya.”

Diantara alasan yang membuat Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni  tergerak untuk menyusun kitab tafsir ini adalah kerana banyaknya kitab tafsir dan ulumul Qur’an yang ditulis oleh para ulama terdahulu ditulis dalam jumlah yang berjilid-jilid  sehingga menyukarkan masyarakat Islam pada hari ini untuk memahaminya. Maka dengan penulisan kitab Shofwah at-Tafasir ini diharap dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Syaikhul Azhar Dr Abdul Halim Mahmud memberikan komentar tentang kitab ini, “Shofwah at-Tafasir adalah hasil penelitian penulis terhadap kitab-kitab besar dalam bidang tafsir, kemudian ditulis semula dengan mengambil pendapat terbaik dari kitab-kitab tersebut yang disusun secara ringkas dan mudah.”

Begitu juga apa yang disampaikan oelh Dr Rasyid bin Rojih  tentang Shofwah at-Tafasir, “kitab ini sangat berharga, meringkaskan apa yang dikatakan oleh para ulama besar dalam bidang tafsir dengan menggunakan tata bahasa yang sederhana, teknik pengungkapan yang mudah serta penjelasan dari segi kebahasaannya. Sungguh sangat memudahkan penuntut ilmu dalam memahaminya”.

Adapun metode yang diterapkan Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni dalam tafsirnya:

a. Menjelaskan surah-surah Al-Qur’an secara umum, kemudian memperincikan maksud-maksud yang terkandung dalam surah tersebut.

b. Menhuraikan hubungan antara ayat sebelum dan sesudahnya.

c. Membahaskan tentang hal yang berhubungan dengan aspek bahasa, seperti kata akar bagi sesuatu kalimat dan bukti-bukti kalimat yang diambil dari ungkapan orang Arab.

d. Perbahasan tentang Asbab an-Nuzul.

e. Perbahasan tentang tafsir ayat.

f. Perbahasan ayat dari segi Balaghah.


g. Penjelasan faedah-faedah yang dapat dipetik dari sesuatu ayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan